Followers

Sunday, December 26, 2010

si bakal architect nak merapu.

oh! lain sungguh bile aku tengok tempat nak taip taip new post neh. maybe new version dari aku punye kott..



whoots! salaaamm kat semua orang! kat atas nie picture terbaru aku with my baby DSLR CANON EOS 550D. *amek kau aku caps lock* name baby neh TARO ! :D
banyak gak laa pic yang aku snap snap. dah tengok FB aku? ade 2 album diterbitkan. jap jap! bagi yang tak dapat tengok, nie haa link share. tengok yea~ tapi tak laa hebat sangat. baru novice. :P

http://www.facebook.com/album.php?aid=40412&id=100000924403488&l=9079c47d99 -PART 2


http://www.facebook.com/album.php?aid=40229&id=100000924403488&l=7ffb057b38 -PART 1

aku pon tibe tibe terdetik hati nak update blog nie. sungguh suci ye dah.. hehe! putih je..same la blog aku! lawat blog aku tak? nak promote japp katekan. nie haa link~

http://akushoujokampung.blogspot.com -S.E.N.G.A.L

takde laa spesial sangat. juz layout handmade sendiri. winks! dah dah. cukup promoting.

well,,setakat nie aku belajar okeh. bagi aku cam SERONOKK GILAAA! sebab kos aku sangat enjoying, tak perlu tatap buku, juz penat perah otak carik idea dan lukis. tapi tu laa yang aku suka! dengan kawan2 yang same kepala hotak. mase tu kann ade interview. jadi si lecturers nie mesti laa dah bace perwatakan seorang student architecture macam mana kann? kami ditakdirkan duduk dalam 1 studio siang malam bersama2. aku sangat sayang mereka macam adik beradik aku. tapi jangan jeles lak, aku tetap sayang korang. eceh!

aku sangat enjoy lagi dengan masuknya scholarship JPA. alhamdulillah~ mungkin nie rezeki Allah nak bagi setelah aku terlepas semua scholar JPA and MARA yang semua kecoh2 mase tuh. aku dah selesai 1 sem. dan alhamdulillah skali lagi aku boleh bawak kos nie even sumtimes datang stress yang selalu bisik bisik "nape laa aku tak amek engineering dulu?". bagi aku, takde pon kos yang senang. bila dah step into it, teruskan perjalanan, buat sehabis baik. tak ke gituu? :)

alhamdulillah gak result pon ok laa.. 3.45~ tapi tak konfem lagi sebab kira2 sendiri. meh laa aku show result aku.

STUDIO - B+
BUILDING SERVICES - A
HISTORY - A
STRUCTURE - B-
HUBUNGAN ETNIK - B+
KOKO : GAMELAN - A

tu laa.. aku asyik main main je mase hubungan etnik. subjek nie macam sivik. ye laa..gabung 3 kos dalam 1 dewan kuliah. aku pon main main je laa. kadang2 tu conteng2 kertas. even ade test mase tu, kami tak sempat pon nak bace buku. memang thrill gilaa. tapi jawab macam subjek sivik, senang laa kan? lagi2 objektif. kalau dapat score A- pon mesti dah dapat 3.5. takpe laa..next sem buat yg terbaik! :D

aku terbace post putewi. bile maw reunion?? huhu~ tapiii...umi kat egypt. cemane eh?

nak luahan hati sikit laa..bila dah masuk U kann, takde sape nak ceramah2 kita. agama pon tak semantap dulu. tu laa kelemahan bila dah masuk U. sape agree?

btw, mane lee? kau tak contact aku pon...FB pon dah lesap. kau kat mane? cemane nak contact kau?
wat aku jadi admin blog nie bolehh?

sorry ye banyak typo error. aku malas nak menekan caps lock banyak kali. hahaha~
dan sorry terlebih bebelan.

anyway, gud luck sume! do your best! :D

Wednesday, December 22, 2010

Kupasan Rayyan Fantasi

Judul: Rayyan Fantasi
Pengarang: Ramlee Awang Murshid
Penerbit: Alaf 21 Sdn Bhd
Mukasurat: 512 Halaman
Rating: ★★★★☆☆☆☆☆☆  

Novelis Thriller No.1 Malaysia kali ini tampil dengan novel terbaru yang diberi judul 'Rayyan Fantasi'. Aku telah mendapatkan novel ini hanya baru-baru ini dan Alhamdulillah, akhirnya aku usai juga membacanya petang tadi. Selalunya aku mengambil masa yang singkat untuk menghabiskan sesebuah karya novelis kesukaan aku ini, tapi kali ini... entahlah.

     Pada hemat aku, ekperimentasi Ramlee Awang Murshid bagi novel yang ke-20nya ini adalah sangat berani. Tema makhluk asing yang diguna pakai, aku fikir, sangat tidak masuk akal jika hendak dibandingkan dengan novel-novelnya yang sebelum ini contohnya Triolgi Bagaikan Puteri, Hatiku Di Harajuku, Mikhail, Rahsia Perindu dan lain-lain.

     Dalam novel ini terdapat banyak teknologi asing yang diperkenalkan seperti kapsul angkasa yang dapat merentasi angkasa lepas dalam masa yang singkat dan cecair berwarna biru yang berkemampuan menyembuhkan luka hanya dengan sekelip mata. Terdapat juga jagor, sejenis makhluk yang disifatkan berkepala singa, berbadan menyerupai kerbau dan mempunyai gigi-gigi tajam seperti buaya. Beberapa watak pula disifatkan memiliki kuasa menyembuhkan penyakit dan mengubah warna mata mereka dengan mudah. Panggilan yang digunakan dalam menamakan makhluk-makhluk asing juga sangat... pelik. Mij-Gillion, Rayyan, Mika, Yuk'kaa, Na'in. Pada pendapat aku, penulis menggambarkan mereka tidak ubah seperti dewa. Idea-idea yang terlampau imaginatif seperti ini membuatkan pembaca seperti aku terkapai-kapai sepanjang pembacaan aku ini.... sungguh mengarut!

     Keintiman watak Aiddin dan Feena tampak janggal dalam novel ini. Konflik cinta tiga segi antara mereka berdua dan watak Zaidan menghadapi kesudahan yang aku rasa agak tergantung! Aku tidak berpuas hati. Langsung. Selain tidak berpuas hati, aku juga berasa sangat keliru. Otakku bejat. Banyak benar persoalan yang tidak terjawab setelah tamat pembacaanku...

     Dan kenapa pula makhluk asing boleh berbahasa Melayu?

    Tuntasnya, Rayyan Fantasi bukanlah novel paling teruk karya Ramlee Awang Murshid, tetapi dapat aku katakan yang novel ini bukanlah yang terbaik... Terdapat bermacam-macam kelemahan dalam novel ini sehingga menghilangkan minat aku untuk meneruskan pembacaan aku. Aku sangat mengagumi Ramlee Awang Murshid kerana karya-karyanya sebelum ini sungguh mengagumkan. Aku benar-benar mengharapkan agar novelnya yang bakal diterbitkan selepas ini jauh lebih berkualiti daripada yang ini...

oleh Fikri Fadzil

Sunday, December 19, 2010

hey everyone! ◕ ‿ ◕

 hari ini biar aku pula yang bercerita a.k.a amy syeera! haha~
hmm.. tapi sebenarnya aku xde idea nak cerita pasal apa...
agak-agak kalau aku cerita pasal u tempat aku study boleh x? ekeke~
aku sekarang ni belajar dekat Universiti Tenaga Nasional @ lebih dikenali sebagai UNITEN...
aku dapat sama tempat dengan Oren Caer.. cuma kami berlainan kelas sebab kami berlainan tajaan..
ada juga yang pelik .. kenapa mesti aku keluar dari UTP... bukan ke UTP tu dah cukup hebat? hmm...
apa yang seseorang tu buat mesti ada reasons sendiri kan.. macam kalian semua tahu, aku dulu dapat kos B.I.S (Business Information System).. malangnya aku x minat... tapi kenapa aku masuk jugak dulu sedangkan aku x minat? ha, itulah kesalahan terbesar aku pernah buat aku rasa...

cukuplah sampai situ je aku bercerita pasal UTP... sekarang ni aku bahagia dengan kehidupan dekat UNITEN.. walaupun bilangan kaum wanita di sini sangatlah sedikit.. tapi x kisahlah.. asalkan aku bahagia! huhu~
macam ni lah serba sedikit rupa U aku yang tercinta tu....

pintu depan UNITEN

aku x sangka UNITEN ada hotel - Residence Hotel

ni pulak amanah... 
lelaki yang duduk dekat apartment ni...

ha! nilah library kami.. 
kalau ada exam, kat sinilah tempatnya... 
kelas kami kat sebelah library je... huhuh~

masjid .. dekat je dengan apartment aku..

kat sini semua lab ada... e.e ke e.p ke mechi ke.. x kisahlah..

lastly! ini sahajalah budak PPC... kiralah sendiri berapa orang.. 
satu group ada 70... yang selebihnya tu lelakilah.. huhu~

baik! itu jelah yang aku boleh kongsi.. huhuhu~ xnak lah cerita banyak-banyakkan.. sebab blog ni pasal kita... bukan aku seorang je.. hak4! apa-apapun, doakanlah aku, caer dan kawan-kawan aku sekalian.. {{{(>_<)}}} semoga kami dapat lagi tajaan supaya dapat meneruskan pelajajaran dalam peringkat ijazah pula..
ha! haritu, aku sempat jumpa Hana sahaja... x sempat lagi nak jumpa korang.. kebetulan , dia ada pameran dekat UTM... so, disebabkan rasa rindu sangat-sangat, aku dengan geng-geng aku pergilah jumpa dia...
bilalah dapat jumpa korang semua balik???? rindu lorh! huuuu~ okay, sampai di sini sahaja... ttyl~ ciao! XD

............(0 0)
.---oOO-- (_)-----.
╔═════════════════╗
║ Archyhis forever!..║
╚═════════════════╝
'----------------------oOO
........|__|__|
.......... || ||
....... ooO Ooo

Friday, December 17, 2010

giliran aku

ini seri, lisa dan aku
mahu juga letak gambar macam fikri.
tapi maaf tiada gambar aku seorang

kali ini izinkan aku pula bemadah kata di sini. haha,siapa suruh invite aku jadi admin.bhahahaha. (muka setan)
habis lah blog ini akan aku kerjakan sampai binasa. biar patah tulang menulang jari taip sampai mati.
biar putus urat-urat di pergelangan tangan sampai tak ada lagi. persetankan saja.
okay.sudah.cukup.berhenti.

ingin aku berterima kasih kerana invite aku jadi admin kepada Lee.

kalau sebelum ni cerita fikri di muka depan post.
ini giliran putri pula.

tahniah kepada sesiapa yang telah mendapat keputusan cemerlang.
usaha lagi kepada sesiapa yang tidak. ( itu aku )
semua aku berserah pada tuhan.
buat masa sekarang aku tak mahu bagitahu dekat mana aku belajar bukan sebab apa.
nanti sampai waktu kelak akan diberitahu.
tunggu masa.

persoalan aku.
bila mahu gather ramai-ramai?
makan-makan besar? bbq? steamboat? ikan bakar? 

*laparrrr*

sumpah,aku rindu semua orang dalam kelas.
oh lupa. aku ada blog baru. klik kalau mahu. tak mahu tak usah.
 KELIK SINI

Wednesday, December 15, 2010

Soalnya Dimana?

Senarai classmates kita dengan kursus pengajian dan tempat pengajian diorang pada waktu nih;

Umi: Medic, .... somewhere in Egypt... ?!
 Syaza: Accountancy, UiTM Puncak Perdana
  Hana: Architecture, UTM KL
   Wani: UiTM Puncak Alam
    Izah: Matriks Selangor
     Ayu: Dentistry, Kolej Teknologi Timur
      Amy:  Foundation Engineering, UNITEN
       Tiqah: 
      Senah: UiTM Puncak Alam
     Azlia: Accountancy, Matriks Perlis 
    Awal: UiTM Puncak Alam
   Ain: Civil Engineering, UTP
  Aziera: Matriks Selangor
 Put: "Rahsia," kata beliau. Kata mereka, "Puncak Alam..." ;p
Ekin: Engineering, UM
 Nani: Matriks Selangor
  Tiyah: Matriks Selangor
   Fikri: Architecture, UiTM Shah Alam
    Saprol: Civil Engineering, UTP
     Nash: UiTM Puncak Alam
      Botak:
       Hakim:
      Coki: Civil Engineering, UiTM Penang
     Zaquan: Sains Hayat, Matriks Gopeng
    Nazrin: Matriks Gopeng
   Syafiq: 
  Rahimi: UiTM Puncak Alam

(OK fine, aku tak tau semua, haha.... tolong weyh!)
by Fikri Fadzil